Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tentera Laut Israel melepaskan tembakan ke arah kapal bantuan Malaysia ke Gaza sebentar tadi.Menurut Agensi Berita Iran (IRNA) kapal kargo misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ini dipintas dan menerima tembakan amaran sebaik sahaja masuk ke perairan Palestin.Lantaran itu, kapal kargo yang bernama The Spirit of Rachel Corrie tersebut terpaksa berundur ke perlabuhan Mesir kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Gaza.Menurut laporan Berita Harian, Kapal itu dikemudikan rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad (Malaysia), Mohd Jaffery Ariffin (Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan tentera laut Israel yang mengusir kapal bantuan milik Malaysia ke Gaza itu."Serangan terhadap kapal bantuan adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang telah melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang harus dikutuk dunia," katanya pada sidang media sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.